Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Kanak-Kanak 90 an Mesti Pernah Dengar Nama ‘K.H As’ad Humam’ Kan?”,Korang Kena Tahu Salasilah Pemilik Naskah Iqra’ Ini

Mengaji Al-Quran salah satu ibadah yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Termasuklah di Malaysia. Mesti anda terkenangkan zaman kecil dahulu,berlari-lari pergi ke pusat mengaji dengan rakan-rakan sambil membawa senaskah buku Iqra’.

Bagi yang permulaan membaca Al-quran melalui Iqra’ pasti anda pernah mendengar atau ternampak nama K.H As’ad Humam sebagai penulis buku tersebut. Kini beliau sudah berusia 86 tahun. Tapi siapa tahu deritayang dialaminya, beliau menghidap penyakit tulang belakang yang agak serius pada usia 18 tahun.

Membuat cara baca Al-Qur’an sendiri

Latar belakang keluarganya adalah daripada golongan usahawan jadi ia sangat mudah untuk menjadi inspirasi untuk berdagang. Pada saat itu, beliau bertemu dengan tua gurunya untuk mempelajari cara-cara penulisan dan dengan usaha tersebut beliau berjaya hasilkan. Dan masih digunakan sehingga hari ini.

Penggunaannya bermula pada tahun 1990 di Yogyarkata dan terus berkembang di Malaysia untuk kegunaan kanak-kanak memulakan langkah awal untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Bukan sahaja Malaysia, malah Singapura, Brunei, Thailand, Filipina hingga ke Eropah pada tahun 1996.

Sedihnya, sewaktu naskah Iqra, ini berkembang luas, pemilik buku ini telah meninggal dunia pada tahun 1996 akibat penyakit tulang belakang yang dialaminya itu.  Meskipun beliau sudah tiada di dunia tetapu karyanya tetap bergema di seluruh dunia.

Teknik-teknik yang tertulis dalam Iqra’nya itu telah diaplikasikan untuk generasi masa depan.

 

Sumber: Boombatis

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang