Siakap Keli

Laporan Media Mengenai Status Penceraian PU Abu Tidak Benar, JAKESS Tampil Beri Kenyataan

Sedia maklum, ramai yang sudah mengetahui penceraian yang melibatkan Muhammad Abu Sufyan Bin Mukhtar Rozaidi (PU Abu) dengan Ain Afni Binti Latif (Ain) yang dilakukan menerusi pesanan ringkas Whatsapp. Berikutan kes tersebut, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) tampil mengeluarkan kenyataan media menjelaskan perkara sebenar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Ain telah menfailkan kes saman melibatkan kes “Pendaftaran Penceraian di Luar Tanpa Kebenaran Mahkamah” terhadap PU Abu. Pada tarikh yang sama juga Ain telah menfailkan saman melibatkan kes “Pengesahan Rujuk” antara beliau dengan PU Abu yang mana pernah bercerai pada 28 Januari 2019.

Setelah kedua-dua kes tersebut dibicarakan serentak pada 15 Mei 2019, Hakim telah memutuskan bahawa rujuk pada 23 Februari 2019 adalah sah dan lafaz talaq pada 13 Mac melalui aplikasi Whatsapp adalah tidak sah dan tidak mensabitkan talaq.

Kemudian, sekitar 12.30 tengah hari pada hari yang sama, Ain memaklumkan bahawa PU Abu terlupa memberitahu bahawa terdapat lafaz sekitar hujung Mac 2019 yang berbunyi “Saya dan dia, isteri saya sudah bercerai”.

Berikutan itu, PU Abu dan Ain tampil ke mahkamah dan menfailkan kes baharu melibatkan kes ‘Pendaftaran Penceraian di Luar Tanpa Kebenaran Mahkamah’. Mahkamah telah menetapkan kes terus didengar pada hari sama dan Hakim telah memutuskan talaq pada hujung Mac 2019 adalah sah dengan talaq satu dan kali kedua secara talaq raj’ie.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, dimaklumkan bahawa kes pada sesi petang iaitu kes ‘Pendaftaran Penceraian di Luar Tanpa Kebenaran Mahkamah’ bukanlah sambungan kes pada waktu pagi yang telah difailkan oleh Ain. Perkara ini kerana kes tersebut telah selesai dibicarakan dan tidak boleh mendengar semula kes tersebut.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menegaskan kes yang dikendalikan dilaksanakan selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang dan hukum Syarak.

Sumber : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa