Siakap Keli

MB Selangor Umum Bonus Raya Sebulan Gaji Untuk Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji kepada 19,244 penjawat awam Negeri Selangor Darul Ehsan yang memperuntukkan sebanyak RM33.84 juta.

Pengumuman itu dibuat dalam satu Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Negeri Selangor yang diadakan Auditorium Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah.

“Sebagai tanda terima kasih atas usaha seluruh anggota pentadbiran negeri, saya dengan sukacitanya mengumumkan Insentif Mahabbah Selangor sebanyak satu bulan gaji kepada setiap 19,244 penjawat awam Negeri Selangor Darul Ehsan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,” katanya dalam satu kicauan Twitter beliau.

Sumber: Amirudin Shari

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)