Siakap Keli

Perkara-Perkara Yang Perlu Anda Ambil Perhatian Sekiranya Anda Pernah Terjatuh Di Rumah

Jangan sesekali ambil mudah apabila anda pernah jatuh di bilik air. Ia mungkin boleh memawa keburukan yang lebih teruk, terutamanya golongan tua.

Kejatuhan ditakrifkan dengan keadaan dimana seseorang itu dengan tidak sengaja terjatuh ke bawah selain dari akibat tolakkan kuat, tidak sedarkan diri, atau kejadian lumpuh secara tiba-tiba akibat strok ata sawan.

Ia menjadi sesuatu yang biasa buat golongan warga emas apabila mereka jatuh, namun jangan sesekali ambil mudah. Kajian melaporkan bahawa 30-40% daripada warga emas yang berumur 65 tahun mengalami satu atau lebih kejadian jatuh dalam tempoh 12 bulan. Dalam satu kajian yang dilakukan di klinik penjagaan primer di Malaysia, kelaziman jatuh dalam kalangan warga emas adalah sekitar 47%.

Jika anda terjatuh dan mengalami simptom-simptom seperti hilang kesedaran sebelum atau selepas, ada kecederaan, rasa sakit yang berpanjangan, pening, loya, rasa lemah badan dan sebarang masalah penglihatan, anda sepatutnya terus berjumpa dengan doktor dan maklumkan keadaan anda.

Doktor akan menilai dan menentukan sama ada sebelum terjatuh ada dikaitkan dengan penyakit lain atau selepas dari kejatuhan itu mendapat penyakit lain. Doktor akan melakukan pemeriksaan awal dan memberikan ubat jika keadaan menjadi teruk.

Kesan Buruk Akibat Jatuh 

  • Kecederaan berkaitan dengan jatuh termasuklah patah (5%) dan kecederaan serius yang lain (15%)
  • Akibat tidak bergerak untuk tempoh panjang selepas jatuh termasuklah:
    • Atrofi otot
    • Sendi menjadi keras
    • Kudis tekanan
    • Dehidrasi
    • Radang paru-paru
    • Darah beku di dalam saluran darah
    • Tekanan darah menjadi rendah
    • Tulang rapuh
  • Kecederaan sekundar akibat tidak bergerak untuk tempoh panjang selepas jatuh boleh mengakibatkan separuh daripada wargaemas tidak boleh bangun semula selepas jatuh dan peningkatan kepergantungan kepada penjaga
  • Kesan psikologi boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan, takut jatuh, kebimbangan dan kemurungan
  • Kemasukan ke institusi penjagaan
  • Punca utama kecacatan dan kematian di kalangan warga emas

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Jatuh?

1. Jika boleh bangun sendiri;

Jika anda boleh bangun sendiri, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk bangun ialah,

  • Pusing dari kedudukan terlentang ke kedudukan yang menghadap ke bawah
  • Posisi semua anggota badan ke posisi merangkak
  • Merangkak ke permukaan sokongan yang kuat, contohnya kerusi atau objek yang stabil
  • Kemudian, berlutut sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kerusi atau objek yang stabil
  • Cuba menarik ke atas perlahan-lahan
  • Pusing dan duduk dengan berhati-hati.

2. Jika tidak boleh bangun sendiri;

Jika anda tidak boleh bangun sendiri, cuba dapatkan bantuan secepat mungkin untuk mengelakkan risiko berbaring di atas lantai dalam masa yang lama.

  • Anda boleh menjerit meminta tolong jika anda boleh didengar
  • Jika anda mempunyai sistem panggilan kecemasan atau telefon di tangan, menggunakannya untuk mendapatkan bantuan
  • Jika tidak, anda boleh menggelongsor diri anda ke arah telefon atau tempat di mana mereka mungkin untuk didengar
  • Membuat bunyi dengan tongkat anda atau objek lain untuk menarik perhatian
  • Menunggu bantuan tiba dalam kedudukan yang paling selesa
  • Jika boleh, letakkan bantal di bawah kepala anda dan menyelimuti diri anda dengan sehelai pakaian atau selimut untuk mengekalkan suhu badan
  • Cuba menggerakkan sendi anda dengan kerap (jika boleh) untuk meningkatkan peredaran darah dan mencegah kekakuan.

Terdapat beberapa cara untuk mencegah daripada terjatuh pada masa hadapan. Sentiasa memastikan persekitaran berada dalam keadaan yang selamat. Ini bukan sahaja untuk mencegah diri sendiri namun untuk ahli keluarga yang lain juga terutama warga emas dan kanak-kanak. Pasang bar pemegang di bilik mandi. Sediakan permaidani supaya tidak licin.

Cara kedua ialah dengan memakai kasut yang sesuai di tempat yang sesuai. Kasut menjadi salah satu punca diri boleh terjatuh. Kasut yang sesuai akan mengurangkan risiko kejatuhan. Kasut yang seharusnya digunakan ialah tidak bertapak licin, ketinggian tumit yang munasabah.

Cara ketiga ialah dengan merancang bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan kongsikan bersama ahli keluarga dan jiran. Usulkan cadangan untuk mendapatkan alat panggilan kecemasan atau telefon tanpa kod rapat. Minta ahli keluarga untuk menelefon anda secara berkala, memberi kunci pendua pada rang yang anda percayai supaya ia boleh digunakan untuk kecemasan.

Kita tidak boleh meramal masa depan, namun kita boleh merancang pelbagai perkara untuk mengelakkan diri dan ahli keluarga dari ditimpa masalah dan musibah. Jangn ambil mudah jika terjatuh. Terdapat keadaan dimana kesanya bukan pada masa ini tetapi pada masa akan datang.

Sumber: myhealth.gov

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia