Ini pastinya akan membuatkan penggemar Iron Man tidak senang duduk apabila Hot Toys mengumumkan pihak mereka bakal mengeluarkan Nano Gauntlet versi Iron Man yang dihiasi dengan koleksi batu infinity stone serta saduran emas.

Gauntlet ini juga dilengkapi dengan lampu LED yang diletakkan di setiap batu infinity stone dan korang boleh menukar cahaya lambu dari statik kepada berkelip-kelip.
Namun, malangnya gauntlet ini hanya boleh dipamerkan dan harga jualannya juga belum dinyatakan lagi kerana bakal dikeluarkan pada tahun 2020 atau 2021.

Selain daripada Gautlet Iron Man, Hot Toys ada juga mengeluarkan banyak koleksi seperti Gauntlet versi Hulk, Thanos dan banyak lagi koleksi-koleksi dari filem Hollywood. Sumber: Hot Toys