Siakap Keli

Remaja Maut Kemalangan Semasa Hantar Mesej Kepada Teman Lelaki Selepas Beberapa Hari Lulus Ujian Memandu

Seorang gadis maut apabila keretanya melanggar pokok ketika dia sedang menghantar mesej kepada teman lelakinya. Shannon Smith, 17 tahun yang hilang kawalan ketika menghantar mesej kepada Harry Smith beberapa hari selepas lulus ujian memandu.

Keluarganya memberikan penghormatan kepada “anak perempuan terbaik’ mereka selepas kematianya di Tasburgh, Norfolk. Dia telah memandu ke rumah Fiat 500 di A140 pada 3 Oktober tahun lalu.

Rakaman dashcam dari kereta belakang Shannon menunjukan cara panduanya di jalan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Dia cuba membetulkan panduanya tetapi berakhir dengan lalu lintas dan terus menghentam pokok.

Membaca bukti PC Peter Forbes-Scott, penyiasat Andrew Hughes berkata; “masa mesej terakhir yang dihantar pada iMessage oleh Gittings ditunjukkan pada pukul 5.26 petang dan yang terakhir dihantar oleh Smith sebagai 5.27 petang. Ini nampaknya bertepatan dengan masa video yang dinunjukkan apabila kereta jenama Fiat itu mula hilang kawalan.

Yvonne Blake, salah seorang pihak berkuasa yang mencatat kejadian itu berkata; “ini ialah kematian yang sangat menyedihkan selain pembaziran waktu muda. Ia menunjukan bahawa betapa teruknya jika anda hilang kawalan, anda boleh terganggu terutamanya dengan bermain telefon bimbit ketika memandu. Diharap berita ini dapat menyedarkan orang ramai untuk tidak bermain telefon ketika memandu.

“Saya faham perasaan ibu dan bapa mendiang. Mereka juga mengharapkan agar anak muda lain mengambil contok kejadian yang berlaku kepada mereka untuk lebih berhati-hati ketika memandu pada masa depan”

Ibu bapa mendiang, Shannon Andrew dan Lindsey Gittings meninggalkan coretan beremosi di laman facebook mereka dengan berkata; “Anak perempuan kesayangan saya, kamu membuatkan kami menjadi ibu bapa paling berbangga di dunia”

Sumber: Metro.co

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia