Siakap Keli
Gambar: Comic Book

Robert Pattinson Bakal Dipilih Sebagai “Bruce Wayne” Seterusnya Bagi Menggalas Tugas Menjaga Bandar Gotham

Robert Pattinson dilaporkan sedang memeterai satu rundingan untuk menggantikan tempat Ben Affleck sebagai adiwira Gotham yang seterusnya iaitu “Batman” dalam filem adiwira yang pastinya dinanti-nantikan para peminat DC comic itu.

Filem Batman tersebut dijangka bakal menggegar panggung wayang pada 25 Jun 2021 dan bakal mendapat sentuhan daripada Matt Reeves.

Walaupun begitu, sumber menyatakan bahawa rundingan tersebut belum muktamad lagi. Namun demikian, Pattinson merupakan calon utama yang dipilih untuk memegang watak adiwira tersebut dan rundingan tersebut dijangka bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Selepas zaman Ben Affleck dalam memegang watak adiwira yang sering dikritik oleh peminat ini telah sampai ke penghujungnya, nama-nama seperti Armie Hammer, Rami Malek, Kit Harrington dan lain-lain lagi telah banyak menjadi bahan bualan diantara peminat adiwira tersebut.

Sungguhpun begitu, syarikat produksi Warner Bros. belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berhubung dengan pemilihan pelakon yang bakal membintangi filem adiwira tersebut.

Reeves, yang juga merupakan penerbit filem sekuel “Planet of The Apes”, mengandaikan bahawa tugas sebagai pembuat filem “Batman” yang diciptanya semenjak Ben Affleck memegang watak tersebut pada Januari 2017 merupakan satu tugas yang sukar baginya.

Pelakon berumur 32 tahun yang pernah membintangi cerita sekuel Twilight yang pernah memecah panggung suatu masa dulu bakal mencipta rekod selepas dia bakal dipilih untuk menjadi Batman yang termuda pernah memegang watak tersebut.

Gambar: SuperHeroHype

Warner Bros., kini sedang memberi masa untuk Reeves menyiapkan skrip filem adiwira tersebut, dan berharap agar filem adiwira yang juga merupakan ikon DC yang terpenting itu tidak menghampakan peminat seperti yang telah terjadi pada filem “Batman v Superman” dan “Justice League,” sebelum ini yang telah dikritik hebat oleh para peminat.

Tiada tarikh rasmi untuk memulakan penggambaran filem tersebut dinyatakan. Namun, ura-ura menyatakan bahawa penggambaran bakal dimulakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Sumber: Variety

Aqmal Ezany

I write what is right