Siakap Keli
Gambar: Eko Riyanto & Says.com

Tak Sempat Bayar Kepada Amil, Mufti Selangor Perjelas Hukum Tunai Zakat Fitrah Melalui Pembayaran Elektronik

Zakat fitrah merupakan kewajipan bagi umat Islam dalam bulan ramadhan. Tempoh pembayaran zakat fitrah adalah daripada awal Ramadhan sehingga menjelang hari raya Aidilfitri.

Namun, kesibukan bekerja dan komitmen yang lain menyebabkan ramai orang yang tidak sempat untuk pergi membayar zakat kepada amil zakat yang telah dilantik. Oleh itu, kebanyakan orang mengambil langkah mudah dengan membuat pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik.

Namun begitu, sejauh manakah pengetahuan orang ramai mengenai hukum pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, hukum pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik adalah harus.

Kaedah pembayaran yang dimaksudkan termasuklah pembayaran melalui internet, mesin ATM, e-Debit, dan juga melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada secara prabayar atau pascabayar.

Umat Islam dinasihatkan untuk membuat pembayaran zakat fitrah lebih awal untuk mengelakkan kegagalan menunaikan kewajipan tersebut.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa