Siakap Keli

Tukang Cuci Ter ‘Flush’ Janin Dalam Mangkuk Tandas, Hospital Minta Maaf

Sebuah hospital di Jepun memohon maaf kepada sepasang suami isteri apabila seorang tukang cuci terpam janin pasangan berkenaan yang dilahirkan di dalam tandas secara tidak sengaja.

Disebabkan kejadian itu, wanita berkenaan menjadi trauma setiap kali terdengar bunyi rantai flush tandas ditarik.

Ibu tersebut melahirkan janin berusia 14 minggu ketika di dalam tandas di Hospital Palang Merah Saitama, di utara Jepun.

Gambar hiasan. (Gambar: Evening Telegraph)

Media negara tersebut melaporkan, wanita berusia 36 tahun tersebut telah dimasukkan ke bilik operasi untuk melahirkan sebelum dia meminta untuk ke tandas bagi membuang air.

Dia dikatakan telah melahirkan janin berkenaan secara tidak sengaja ketika duduk di dalam tandas tersebut.

Dia kemudiannya berpindah ke bilik lain atas arahan staf sebelum salah seorang tukang cuci hospital berkenaan menarik pam tandas yang digunakan wanita tersebut.

Janin berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam kandungan empat hari sebelum ‘dilahirkan’, namun pasangan tersebut berharap untuk memberi nama kepada anak mereka dan menyimpan gambar serta cap tangan bayi tersebut.

Suami wanita tersebut menyatakan pihak hospital telah mengambil langkah untuk mengelakkan insiden sama berlaku pada masa hadapan. Namun, tidak dinyatakan adakah tukang cuci tersebut dipecat atau pasangan tersebut bertindak menyaman hospital berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.