Siakap Keli

(Video) Melantun-Lantun Atas Landasan Sebelum Terbakar, Rakaman Terbaru Nahas Aeroflot Jet Didedahkan

Pada 5 Mei 2019 yang lepas, dunia dikejutkan dengan satu tragedi kapal terbang terbakar di Lapangan Terbang Moscow, Rusia yang mengorbankan 41 nyawa.

Tragedi itu masih lagi dalam siasatan dan menurut video terbaru yang disiarkan, pesawat Sukhoi Superjet 100 tersebut dilihat melantun-lantun di landasan ketika mendarat sebelum terbakar.

Pesawat bernombor SU1492 itu sepatutnya menuju ke Murmansk, sebuah bandar di utara Rusia sebelum didakwa disambar petir sejurus berlepas dan memaksa pendaratan cemas itu dilakukan.

Juruterbang pesawat berkenaan dikatakan telah melakukan kesilapan semasa melakukan pendaratan kecemasan itu.

Sebanyak 37 orang penumpang terselamat dalam nahas berkenaan apabila sempat keluar melalui pintu dan gelongsor kecemasan pesawat. Penerbangan itu disertai oleh 73 penumpang serta lima krew penerbangan.

Siasatan bagi kejadian akan diteruskan lagi namun ketika ini ia dikatakan berpunca daripada kesilapan juruterbang di mana mereka didakwa terlalu ‘bergantung kepada auto-pilot‘.

Sumber: Sky News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi