Siakap Keli
Gambar : Bernama

”Yang Tinggal Hanya Kenangan Bersama Arwah..” Air Mata Suami Siti Kharina Buat Netizen Sebak

Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah pada 9 malam tadi.

Suasana sayu menyelubungi ahli keluarga dan rakan-rakan tatkala jenazah Siti Kharina dibawa ke dalam rumah untuk tatapan terakhir insan tersayang di kampung halamannya di Kampung Tengah pada 6.15 petang.

Lebih menghibakan, apabila suami arwah, Mohd Udzair Khalid dilihat tidak dapat menahan air mata menyambut kepulangan jenazah isteri yang tercinta. Dia yang dipimpin untuk melangkah, kelihatan memeluk erat ahli keluarga dan rakan-rakan.

Gambar : Bernama
Gambar : Bernama
Gambar : Bernama
Gambar : Bernama
Gambar : Bernama

Pengguna laman sosial yang bersimpati dengan nasib yang menimpa arwah meminta suaminya untuk tabah dan menerima ujian ini dengan berlapang dada.

”Moga Allah kurniakan syahid untuk isteri tercinta abang.

”Moga tabah hadapi kehilangan insan tercinta, yang tinggal hanya kenangan bersama arwah.

”Pilunya hati melihat dan sebak tersekat-sekat nafas seolah-olah terasa hentaman di kepala.

”Kasihannya raya tanpa seorang ibu, tidak boleh digambarkan kesedihan.’

Terdahulu, pihak polis menemui jasad Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu di sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Arwah yang ditemui bersama kesan kelar di bahagian dada dan leher dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui.

Moga Allah kurniakan syahid untuk isteri tercinta abang

Apa yang tinggal hanya kenangan..

Anak-anak raya tanpa seorang ibu

Nampak tenang wajah anak-anaknya

Saya pun seorang jururawat

Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ini

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.