Siakap Keli

Anjing Cacat Kaki Digelar Wira, Jumpa Bayi Ditanam Hidup-Hidup

Seekor anjing cacat di Thailand digelar sebagai wira berikutan tindakannya menemukan seorang bayi yang ditanam hidup-hidup oleh ibu kandungnya.

Anjing yang diberi nama Ping Pong itu menggali tanah di sebuah tanah kebun di Korat, Thailand. Hasil galian yang dibuatnya, ternyata bayi tersebut masih bernyawa.

Pemilik Ping Pong, Usa Nisaika, 41 yang terkejut dengan penemuan bayi tersebut terus membawanya ke hospital yang berdekatan. Hasil pemeriksaan yang dibuat, bayi tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Pemeriksaan polis mendapati bahawa perbuatan tersebut melibatkan remaja perempuan yang berusia 15 tahun. Remaja tersebut dikaitkan setelah penjaga kedai berhampiran memaklumkan kepada pihak polis bahawa remaja tersebut membeli pembalut dengan jumlah yang besar.

Namun pun begitu, penduduk setempat sangat gembira dengan tindakan anjing tersebut dan mengelarnya sebagai pahlawan.

“Semua orang di desa menganggap ia sebagai pahlawan kerana telah menyelamatkan nyawa seorang bayi,”

Menurut Usa, anjing yang dipelihara sejak lahir itu merupakan anjing yang cacat dan lumpuh dibahagian kaki belakangnya kerana dilanggar.

Namun begitu, kecacatan yang dialami oleh anjing itu tidak menjadi penghalang baginya untuk mengiringi tuannya menjalankan aktiviti penternakan.

Sumber: Tribunnews.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa