Siakap Keli
Gambar: CNN.com & NextShark

Baru Umur 19 Tahun, Remaja Diiktiraf ‘Crane Man’, Selamatkan 14 Orang Dalam Kebakaran

Bagi mengendalikan jentera berat seperti kren memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang banyak. Rata-rata pengendali kren mengambil masa yang agak lama untuk memahirkan diri mengendali jentera tersebut.

Seorang remaja yang bekerja sebagai pengendali kren baru-baru ini diiktiraf oleh orang ramai sebagai wira kerana telah berjaya menyelamatkan 14 orang yang terperangkap dalam bangunan yang terbakar.

Apa yang menarik bagi sesi menyelamat yang dilakukan oleh remaja tersebut, beliau menggunakan kren untuk memindahkan 14 orang dalam masa 30 minit daripada bangunan yang terbakar tersebut.

Gambar: World of Buzz

Lan Junze, 19 yang bekerja  di bandar Fushun Lioning itu membuat keputusan pantas untuk memandu kren bagi menyelamatkan orang yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Gambar: Youtube

Walaupun begitu, Lan mendapat kesukaran untuk menyelamat disebabkan asap yang menghalang penglihatannya dan wayar yang menyekat pergerakan kren.

Berikutan tindakan pantasnya itu, Lan diiktiraf pada 4 Mei sempena Hari Pemuda China, dengan netizen mengisytiharkan dia sebagai “Crane Man“. Perbuatannya juga telah mengharumkan nama keluarganya setelah kerajaan tempatan dan Persekutuan Wanita Fushun menganugerahkan keluarganya dengan gelaran kehormat “Keluarga Terbaik”

Kebakaran bangunan itu bermula dari kedai runcit di tingkat pertama dan cepat merebak sehingga ke tingkat atas. Disebabkan asap yang tebal, penduduk bergelut untuk melarikan diri dari pangsapuri mereka.

Sumber: Elite Readers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa