Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto:MuslimMatters/Michelin Guide)

”Semoga Mak Ayah Tenang Disana”, Tiada Lagi Peluang Berbuka Bersama, Netizen Kongsi Rasa Sebak Puasa Tanpa Orang Tua

Hari ini, masuk hari ke-13 kita berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Selain mendekatkan diri dengan Maha Pencipta, bulan mulia ini juga perlu digunakan sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan sesama manusia, terutamanya dengan ibu bapa dan adik-beradik.

Oleh itu, bagi kita yang masih mempunyai orang tua, adalah sangat digalakkan untuk kita berbuka puasa bersama mereka sekiranya diberi kesempatan.

Ini kerana kita tidak tahu bilakah kesempatan itu akan ditarik oleh Allah swt. Ketika itu, apa yang tinggal hanyalah kenangan indah bersama mereka. Itulah yang dirasai oleh sebahagian daripada kita hari ini termasuklah pengikut Siakap Keli sendiri.

Rata-rata mereka berkongsikan kesedihan tidak dapat lagi berbuka puasa dengan ibu bapa seperti orang pada kali ini.

“Rindu masakan mak”, kini hanya tinggal kenangan

Mak ayah duduk jauh, dah pulang ke negeri abadi

Namun, tidak kurang juga ramai anak-anak yang masih mengambil peluang untuk menikmati momen indah bersama ibu bapa ketika menyambut bulan Ramadan ini.

Duit boleh cari, kenangan dan rindu tidak dijual beli

Maka dengan itu, kami sarankan bagi para pembaca yang masih berpeluang berbuka puasa dengan ibu bapa dan keluarga tercinta, gunakanlah peluang itu sementara masih ada.

Manakala bagi yang sudah kehilangan dua insan tersayang ini, sedekahkan doa dan Al-Fatihah kepada mereka sebagai tanda peringatan kita kepada mereka.

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi