Siakap Keli

”Saya Mewakili Arwah Mami Minta Ampun, Boleh Tuntut Hutang Jika Ada”, – Anak Arwah Pengasas Dnars Skincare

Anak kepada Arwah Faziani Rohban Ahmad, Iqbar Hakim melalui satu muat naik di Instagramnya memohon kemaafan bagi pihak ibunya yang meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Thailand.

”Saya mewakili Arwah Mami, meminta ampun andai ada salah silap, dan boleh tuntut hutang jika ada,” katanya.

Menurut Iqbar lagi, apa yang berlaku merupakan ujian berat kepada dirinya dan berharap kepada 7 orang adaik-beradiknya yang lain sebagai sumber kekuatan ketika ini.

Dalam satu perkongsian yang berbeza, menurut Iqbar arwah ibu bersama ayahnya yang turut tercedera dalam kemalangan berkenaan ketika kejadian dalam perjalanan menuju ke sebuah pondok di wilayah Patani untuk menyerahkan zakat.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi di media sosial, kenderaan yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

https://www.instagram.com/p/BxlxfVBlh86/

Sumber: IG Iqbar Hakim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.