Siakap Keli

Tak Tahu Nak Tidur Macam Mana Dalam ‘Flight’, Ini Posisi Tidur Selesa Boleh Cuba

Menaiki kapal terbang buat kali pertama merupakan pengalaman yang bermakna bagi sesiapa sahaja. Pengalaman tersebut sudah pastinya akan dinikmati sepanjang penerbangan. Namun begitu, bagi penumpang yang sudah kerap kali menaiki kapal terbang, ramai yang memilih untuk tidur sepanjang penerbangan.

Penerbangan yang memakan masa yang lama juga menjadi faktor kepada penumpang untuk tidur. Namun, di manakah posisi yang selesa untuk tidur di dalam pesawat. Di sini, kami senaraikan 10 posisi tidur yang selesa di dalam pesawat yang anda perlu tahu.

  1. Bersandar di tingkap

Ramai yang memilih untuk dapatkan tempat disebelah tingkap. Ini kerana dapat melihat pemandangan muka Bumi melaluinya. Namun begitu, terdapat manfaat lain iaitu dapat tidur bersandar di dinding tingkap.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

2. The Head Banger

Setiap tempat duduk akan disediakan tempat untuk meletakkan makanan. Tempat yang dikhaskan untuk meletakkan makanan tersebut boleh dimanfaatkan untuk meletakkan kepala sewaktu tidur. Namun, posisi tidur ini sangat tidak sesuai untuk orang yang mempunyai tubuh tinggi. Ia boleh menyebabkan tulang belakang anda bengkok.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

3. The Snuggle

Menaiki pesawat bersama pasangan atau orang yang dikenali sudah pasti membuatkan kita berasa selesa. Selain itu, kita juga dapat memanfaatkan mereka sebagai tempat untuk menyendeng kepala di bahu. Perbuatan ini sudah pasti akan menyebabkan tidur anda menjadi lebih selesa.

Namun, jika tempat duduk anda bersama orang yang tidak dikenali, itu merupakan peluang untuk anda menambah kenalan dengan memanfaatkan bahu mereka.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

4. Penyandar Kepala

Kusyen pesawat kebiasaannya dilengkapi penyandar kepala. Kelebihan tersebut boleh digunakan oleh penumpang untuk menyandarkan kepala mereka dalam keadaan tegak.

Pun begitu, posisi tidur yang selesa ini boleh dilakukan dalam jarak penerbangan yang dekat sahaja.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

5. Sokongan Leher

Sudah menjadi kebiasaan bagi penumpang membawa bantal sokongan leher ketika menaiki pesawat. Ini kerana bantal tersebut berupaya memberikan tidur yang lena di dalam pesawat khususnya. Bersama bantal sokongan leher, posisi di dalam pesawat adalah tidak penting kerana anda boleh tidur di mana-mana tempat duduk yang ada.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

6. Barisan Tempat Duduk

Adalah menjadi satu kelebihan kepada anda jika tempat duduk anda tidak mempunyai penumpang lain disebelah kanan dan kiri. Ini kerana anda boleh tidur dalam posisi mengiring atau berbaring di tempat duduk yang sememangnya kosong.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

7. Bersandar

Setiap penyandar di tempat duduk sebenarnya boleh dilaraskan sedikit. Memanfaatkan kelebihan itu, anda boleh tidur dalam keadaan selesa apabila dapat menyandar dalam keadaan yang kurang tegak.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati agar tahap anda melaraskan tempat penyandar itu tidak menganggu penumpang di belakang.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

8. The Overhang

Kedudukan dengan meletakkan kaki anda di atas tempat letak lengan juga boleh membuatkan anda tidur dalam keadaan selesa.

Namun begitu, kedudukan begini perlulah berada dalam berhati-hati kerana apabila troli makanan digerakkan akan melanggar kaki anda.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

9. Menunduk

Kedudukan ini sangat sesuai jika anda mempunyai tubuh yang kecil. Dengan melenturkan badan anda hingga ke kaki, anda akan mendapatkan tidur yang lena.

Namun, risiko bagi kedudukan ini ialah anda terdedah kepada bau tidak enak bahagian bawah pesawat.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

10. Kaki di atas

Kedudukan ini boleh dianggap biadap jika anda dikelilingi penumpang yang anda tidak kenal. Namun jika anda berada dikelilingi oleh kenalan anda, kedudukan seperti ini sudah pasti membuatkan tidur anda menjadi lebih selesa.

Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan dinding dan tingkap bagi posisi seperti ini.

Gambar: Leo Delauncey/Mailonline

Kesemua posisi yang dinyatakan ini boleh dimanfaatkan jika anda berasa selesa untuk melakukannya. Namun, terdapat beberapa posisi yang memerlukan anda memerhati sekeliling anda agar tidak menganggu penumpang yang lain.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa