Siakap Keli

“Tolong Delete Atau Segera Hapuskan Gambar Mami”, Anak Minta Henti Sebar Gambar Ibu Kemalangan

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pengasas kepada produk kosmetik terkenal Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad. Beliau dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Pattani, Thailand ketika dalam perjalanan untuk memberi sumbangan zakat di Yala bersama suaminya.

Berikutan gambar-gambar di tempat kejadian tular di media sosial, anak usahawan terkenal tersebut tampil memohon agar orang ramai memadamkan atau menghapuskan gambar ibunya ketika di tempat kejadian.

Melalui kiriman yang dibuat oleh anak perempuan usahawan terkenal itu, dia meminta agar orang ramai untuk memadam atau menghapuskan gambar jenazah ibunya yang diusung keluar daripada kenderaan.

Diharapkan agar orang ramai dapat memenuhi permohonan yang dibuat oleh anaknya supaya dapat menjaga sensitiviti dan perasaan ahli keluarga mereka.

Sumber: _yayaatya

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa