Beberapa ketika yang lepas, kita dikejutkan dengan pemergian usahawan kosmetik terkenal, Faziani Rohban Ahmad, pengasas kepada produk kecantikan Dnars Skincare akibat kemalangan jalan raya di Thailand.
Ternyata berita ini amat memeranjatkan dan menyedihkan bagi ramai pihak, namun tiada yang lebih sedih berbanding ahli keluarga Allahyarham sendiri.

Anak sulung arwah melalui akaun Instagram Story-nya, iqbar_hakim berkata bahawa ujian Allah swt ini amat berat untuk ditanggung dan dia tidak mampu.
https://www.instagram.com/p/BxlxfVBlh86/
Akan tetapi, ia disusuli dengan satu lagi kiriman di mana Iqbar memberitahu bahawa dia perlu kuat demi 7 orang adiknya yang lain. Beliau jelas tidak dapat menahan kesedihan kehilangan bonda tercinta di bulan yang mulia ini dan meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.
https://www.instagram.com/p/BxlrJntlx2T/
Selain itu, seorang lagi anak kepada mangsa yang menggunakan nama dnarfaziani di Instagram turut meminta orang ramai yang mengenali arwah untuk hadir ke rumah mereka bagi memberi perhormatan terakhir kepada arwah.
Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Menurutnya, arwah adalah seorang wanita yang baik dan murah hati, serta salah seorang yang paling baik pernah dikenali beliau.
Innalillah dan salam takziah untuk keluarga Kak Faziani, pengasas Dnars Skincare. She was a kind, generous and amazing lady, one of the nicest ones I have ever known. May Allah grant you the highest of jannah and may Allah ease everything for your family. Al-Fatihah. https://t.co/SGBM7t5tMw
— Neelofa (@Neelofa) May 18, 2019
Rakan-rakan arwah juga tidak terkecuali dalam memperingati beliau. Antaranya ialah saudara Anas Zahrin yang merupakan pengasas ANAS Cosmetics(ANASism). Menurut beliau, arwah merupakan salah seorang pengasas sangat dikaguminya.
Ya Allah, Allahuakbar. Kak yanie baik orangnya, sentiasa menyapa walau saya ni sekecil zarah dalam industri kosmetik Malaysia. Shes one of pioneer antara yang saya kagumi. Al-Fatihah, semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman Kak Faziani Rohban, Pengasas Dnars 🙁 pic.twitter.com/hdyzIqsDlF
— ANAS ® (@AnasZahrin) May 18, 2019
Allahyarham Faziani Rohman Ahmad, 39 tahun telah meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand pada pagi ini akibat cedera parah manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42 tahun pula mengalami kecedaraan.
Sumber: IG iqbar_hakim, Twitter @Neelofa, Twitter @AnasZahrin