Siakap Keli
Foto: IG&FB Adamdidam

(Video)Chef Selebriti Popular Adamdidam Meninggal Dunia

Satu lagi berita menyedihkan bagi kita semua pada pagi ini apabila chef selebriti, Adam Mahamed Ismail telah meninggal dunia pada pagi tadi.

Berita itu telah diumumkan oleh sepupu arwah yang juga pelakon dan pengacara terkemuka negara, Neelofa melalui satu perkongsian Instagram Story-nya sebentar tadi.

Foto: IG neelofa

Arwah yang juga dikenali sebagai Adamdidam di laman Instagram disahkan meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan pada paru-paru, menurut salah seorang ahli keluarganya ketika dihubungi kami.

Chef Adam begitu popular di Internet terutamanya di platform Instagram apabila beliau sering berkongsikan video masakannya di platform media sosial berkenaan.

Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pasangan adik-beradik Fatimah dan Ali yang popular di media sosial kerana petah berdialek Kelantan walaupun tingga di United Kingdom. Arwah digelar sebagai Mamajee dan sangat rapat dengan mereka berdua.

Berikut adalah video yang dipetik dari Instagram thefamily.uk semasa arwah tiba di rumah mereka untuk merayakan Aidilfitri di sana tahun lepas.

Menurut seorang lagi sepupu arwah yang menggunakan nama natashaamran di Instagram, jenazah arwah akan disembahyang di Masjid Telipot, Kota Bharu pada pukul 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Lemal, Pasir Mas hari ini.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan pemergian ini pasti dirasai oleh ramai pihak terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan arwah di media sosial. Al-Fatihah.

Sumber: IG neelofa, IG natashaamran

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi