Siakap Keli

Ronaldo Si Dermawan, Sumbangkan Wang Tunai Berjuta-Juta Kepada Penduduk Palestin Sempena Ramadan – Laporan

Dikenali sebagai salah seorang bintang sukan paling dermawan, Christiano Ronaldo baru-baru ini dilaporkan telah mendermakan USD$ 1.5 juta (RM 6.26 juta) kepada penduduk di Gaza sempena Ramadhan ini melalui Yayasan Kebajikan Onwadan baru-baru ini.

Tindakan dermawan penyerang Juventus ini bukanlah kali pertama. Pada tahun 2012, beliau turut dilaporkan telah menjual trofi kasut emas yang dimenanginya dan menyumbangkan wang tersebut untuk pembinaan sekolah-sekolah di Gaza.

Malah, sikap dermawannya juga tidak dapat dinafikan lagi dengan sumbangan-sumbangan amal yang dia berikan kepada pelbagai pertubuhan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Antaranya, beliau dilaporkan menderma sebanyak USD$ 5 juta ketika gempa bumi Nepal pada 2015 dan menderma kepada anak-anak yatim di Syria. Beliau juga dikatakan telah menyumbang kira-kira RM 300,000 untuk pembedahan seorang kanak-kanak yang mengalami komplikasi otak.

Beliau juga menjadi duta bagi kempen ‘Save The Children’.

Pada tahun 2016, Ronaldo bersama pasukannya telah memenuhi impian seorang peminat cilik dari Palestin yang terselamat dalam serangan bom Israel di Tebing Barat. Ahmad Dawabsheh, 5, yang melecur 80% akibat serangan itu diberi peluang bergambar dengan pasukan tersebut serta dihadiahkan dengan jersi dan bola yang ditandatangani oleh pemain-pemain kegemarannya.

Sumber: IB Times India, Sports Pro, FTW USA Today, CNN

Amira

Love yourself.