Siakap Keli

Sendirian Dan Tak Mampu Bersuara, Kisah Aisha Meninggal Dunia Dalam Tangisan Tanpa Keluarga Di Sisi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tidak sedih jika terpaksa berpisah dengan keluarga pada usia kecil dan dalam keadaan sakit. Aisha Lulu, 5 tahun terpaksa mengharungi hari-hari akhirnya secara bersendirian tanpa keluarga akibat sekatan Israel yang menghalang keluarga Aisha dari menemaninya mendapatkan rawatan di Tebing Barat.

Aisha yang mengalami ketumbuhan pada otak itu ditemani oleh seorang wanita asing yang tidak dikenalinya. Berikut ialah kisahnya.

Aisha Lulu baru sahaja berusia 5 tahun dan berasal dari Gaza.

Anak kecil ini menghidapi tumor di otaknya.

Disebabkan kekurangan kepakaran hospital di Gaza untuk merawat pesakit kanser (akibat pengepungan pihak Israel), Aisha terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sana.

Malah, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga Aisha untuk berada bersama-samanya, menyebabkan Aisha dipindahkan bersendirian tanpa keluarganya bersama dengan seorang wanita asing yang sukarela untuk menjaganya.

Apa yang berlaku?

Aisha telah pergi buat selamanya akibat komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan.

Apa yang lebih merobek dan menyayatkan hati, menurut sumber-sumber yang berada bersama-sama Aisha ketika itu mengatakan Aisha meninggal dalam tangisan, tidak mampu bercakap dan seorang diri tanpa keluarganya di sisi.

Aisha masih mampu tersenyum ketika ini. (Gambar: Akademi Al-Quds)
(Gambar: Akademi Al-Quds)
Bidadari syurga. (Gambar: Akademi Al-Quds)

Inilah pentingnya bantuan perubatan yang kita salurkan kepada mereka. Ia mampu menyelamatkan nyawa.

Ya Allah bantulah mereka.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia :

Maybank 5648 1050 7826

Sumber: Nadir Al-Nuri, Akademi Al-Quds

Amira

Love yourself.