Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Apakah Maksud AM Pada Waktu Pagi Dan PM Untuk Waktu Petang Dan Malam?

Sesetengah negara seperti US, Kanada dan Australia menggunakan sistem masa 12 jam. Seperti yang diketahui, sistem ini akan membahagikan tempoh waktu 24 jam kepada dua bahagian iaitu AM dan PM.

Kita sudah biasa mengucapkan perkataan ini. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan AM dan PM?

via GIPHY

Menurut sumber, perkataan AM dan PM ini diambil daripada bahasa Latin di mana singkatan AM merujuk kepada Ante Meridian dan PM pula Post Meridiem.

Meridiem membawa maksud tengah hari. Apabila digabungkan Ante Meridiem membawa maksud sebelum tengah hari dan Post Meridiem pula ialah selepas tengahari.

Sumber : timeanddate.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.