Siakap Keli

Coretan Terakhir Arwah Adamdidam Buat Netizen Sebak

Baru ini kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang Chef selebriti yang dikenali dengan nama adam Mahamed Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Adamdidam.

Siapa sangka pada usia yang begitu muda, beliau telah dijemput Ilahi semasa sedang mengembangkan kariernya dalam bidang masakan.

Pada awal tahun yang lalu, beliau dikatakan telah mula jatuh sakit, namun kembali semula ke set pengambaran bagi meneruskan rancangan memasak bersama Astro Prima iaitu Jelajah Rasa Nusantara yang digandingkan bersama dengan salah seorang chef selebriti Ili Sulaiman dan Rasa Ketuhar Kuali bersama Aunty Aini.

View this post on Instagram

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Takziah kepada keluarga Allahyarham chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang dijemput Ilahi pagi tadi. Antara posting kedua terakhirnya di Instagram. "Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya. "Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda. "Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi," tulis Adam pada 20 Februari lalu. Semoga Adamdidam ditempatkan di kalangan orang-orang beriman Al-Fatihah.

A post shared by Majalah RASA (@majalahrasa) on

Lebih sebak lagi, ketika hayatnya arwah sempat menitip kata-kata semangat di dalam laman Instagram miliknya, berkenaan kisah kehidupan dirinya yang kian berubah selepas diduga dengan masalah kesihatan.

View this post on Instagram

Been missing for too long now… When something strikes, it can be hard to get your life back on track. In a flash, your life changes 360! And your plans? Just forget about it. It’s vanished! You’re feeling helpless. Overthinking. And all those ‘karut’ things come to your mind. Well, at least that’s what I felt. But trust me, after all the setbacks – there’s a strong, healthy & happy life waiting for you. Allah will pull you back on a new life track. A better one! The old normal ‘you’ might be gone, but the new one is here. No worse, just different with better inner spirit. Whoever’s facing trials, remember, He gives the toughest tests to His most beloved soldiers! 💪🏻 #GoodMorningEveryone

A post shared by Adamdidam (@adamdidam) on

“PERCAYALAH, SELEPAS SEMUA MASALAH, ADA KEHIDUPAN YANG KUAT, SIHAT DAN BAHAGIA YANG MENANTI ANDA. SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK! DIRI ANDA YANG LAMA AKAN HILANG, TETAPI YANG BAHARU AKAN  TETAP BERADA DI SINI…”

Sumber: @Adamdidam

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"