Siakap Keli

Gara-Gara Bagi Anak Main iPad, Gajet Terkunci Dekat 47 Tahun

Mempercayai anak anda dengan gajet dan peralatan teknologi canggih masa kini adalah langkah yang amat berisiko. Selain gagal untuk memantau penggunaan alat tersebut oleh anak, anda juga berisiko untuk tidak dapat menggunakan gajet tersebut kerana kemungkinan ianya boleh terkunci dan lebih menghampakan lagi jika semua maklumat dan data yang ada di dalam gajet tersebut hilang.

MSN

Seorang bapa dan wartawan Evan Osnos dari Washington DC, memberi kepercayaan dengan menyerahkan iPad kepada anaknya adalah satu tindakan yang sangat dikesali. Ini kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan ipadnya terkunci lebih hampir setengah abad.

via GIPHY

Osnos melalui Twitter memberitahu, anaknya yang berusia tiga tahun itu telah memasukkan kod laluan yang salah banyak kali pada gajet Apple tersebut. iPad tersebut kemudian dikatakan terkunci dan perlu cuba beberapa kali untuk memasukkan kod laluan yang betul dalam masa 25 setengah juta minit atau secara kasarnya kira-kira 47 tahun selepas itu.

Berasa tertekan dengan apa yang berlaku, Osnos meminta cadangan tentang cara bagaimana untuk membuka kunci tersebut di Twitter, dan mendapat komen dari netizen yang rata-rata mengalami masalah sama.

“Kalau perkara tersebut berlaku kepada saya, saya akan tunggu sahaja hingga masanya tiba,” komen seorang netizen.

Nampaknya anda memerlukan ‘mesin masa’ kata seorang lagi.

“Buat hadiah untuk ulang tahun ke-50 anak anda. Kerana ianya telah dibuka pada masa itu,” komen seseorang.

Namun Evan juga bersyukur, kerana akhirnya menjumpai jalan penyelesaian kepada masalah itu. Apple mempunyai garis panduan untuk membantu pengguna menetapkan semula peranti mereka, walaupun ia akan menghapus semua data di dalamnya.

Jika ini berlaku kepada anda:

  • Sambungkan iPad (atau iPhone) anda ke komputer anda dan lancarkan iTunes.
  • Kemudian ketika ia disambungkan, anda boleh memaksa memulakannya semula.
  • Pop-up timbul akan muncul satu arahan yang memberi pilihan kepada anda untuk membuat ‘Pemulihan’ atau ‘Kemaskini’ pada peranti.
  • Jika anda memilih PEMULIHAN bermakna iTunes akan memuat turun semula perisian ke iPad anda dan boleh meneruskan untuk menetapkannya seperti biasa.

Sumber: Metro.co

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"