Siakap Keli
Gambar Hiasan

Google Sahkan ‘Google Play’ Kekal Berfungsi Pada Model Huawei Sedia Ada Setakat Ini

Baru saja kita digemparkan dengan keluaran teleforn pintar jenama Huawei tidak lagi akan menerima aplikasi Android dan Google. Perkara ini berlaku kerana beberapa pengeluar di China yang tidak mendapat pertauliahan.

Perkara ini telah dikatakan oleh Presiden AS Donald Trump yang menghalang syarikat AS membeli peralatan telekomunikasi jenama ini kerana dianggap berisiko tentang keselamatan negara/

Tetapi, bagi pengguna Huawei anda tidak perlu risau kerana Google masih lagi teruskan perhidmatannya walaupun sudah dikemaskini keselamatan dan ekosistem aplikasi Google.

Bagi pihak Google, mereka mematuhi perintah tersebut tetapi dalam masa yang sama mengkaji semula aplikasi tersebut. Bagi pengguna perhidmatan Google, ia akan terus berfungsi pada peranti Huawei yang sedia ada.

Android juga memuatnaik di laman Twitter menyokong tindakan Google tersebut.

Untuk pengetahuan semua, bukan Google sahaja yang bergantung perniagaan mereka dengan pengilang di China, namun banyak lagi. Dan kesemuanya tidak mempunyai masalah.

 

 

Sumber: Gizmodo

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang