Siakap Keli
Gambar: Asia Nikkei

“Kami Tak Kisah Pun,” CEO Huawei Yakin Boleh ‘Hidup’ Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat

Pengasas dan Ketua Eksekutif Huawei Teknologi menegaskan kesemua barang peralatan teknologi daripada China tidak menyalahi undang-undang yang diperkatakan oleh Trump untuk menyenarai hitamkan nama baik Huawei.

CEO Ren Zhengf berkata, mereka tidak melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang sejak keputusan Amerika Syarikat menyekat perdagangan dengan Huawei.

Beliau berkata lagi, mereka akan mengembangkan lagi cip ciptaan sendiri untuk mengurangkan kesan pengharaman terhadap pengeluarannya. Ren berkata semua ini akan lancar walaupun Qualcomm dan pembekal Amerika lain tidak lagi menjual cip kepada Huawei.

“Kami sudah bersediakan untuk semua ini”, kata Ren

Dalam surat terbuka baru-baru ini, Presiden Teresa He Tingbo berkata mereka sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku walaupun sudah bertahun-tahun lamanya dan kami sudah bersiap sedia dengan pelbagai rancangan.

Perkara seperti ini sudah berlaku pada ZTE tahun lepas dan merancang untuk syarikat telekomunikasi China akan muflis. huawei memperolehi sebanyak 6.7 bilion dolar setiap tahun dan 11 bilion dolar datang daripada pembekal Amerika. Syarikat di Amerika yang mengendalikan Huawei  mungkin mengalami masalah pembuatan telefon pintar dan komunikasi.

Sumber: Asianikkei

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang