Selepas tayangan terakhir dengan kemunculan X-Men: Apocalypse, sekali lagi tahun ini filem sensasi superhero ini bakal membuat kemunculan semula selepas 3 tahun dengan X-Men: Dark Phoenix.
X-Men: Apocalypse sebelum ini meraih 65 juta dolar dalam masa 3 hari tayangannya di Amerika Syarikat. Konfliks filem lalu menyaksikan mereka bergabung beramai-ramai bagi menewaskan En Sabah Nur.
Terbaru, X-Men: Dark Phoenix dikatakan bakal menemui penonton Hari Raya ini dengan babak-babak mengancam wajib tengok.
Kali ini Jean Grey menjadi karakter penting apabila ditugaskan menghapus En Sabah Nur menggunakan kuasa Phoenix dengan bantuan Professor X.
Dengar kata tiada lagi kemunculan Wolverine untuk X-Men tahun ini selepas penampilan terakhirnya dalam filem Logan tahun 2017.
Mungkinkah ini merupakan X-Men terakhir?
Sumber: Youtube