Siakap Keli

Pihak Berkuasa Indonesia Sahkan Kes Cacar Monyet Di Batam Adalah Palsu

Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang satu wabak yang disebut sebagai cacar monyet. Ia merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dari haiwan tertentu dan manusia. Selalunya individu yang dijangkiti akan mengalami simptom awal seperti demam, sakit otot mahupun sakit kepala.

Cacar monyet merupakan penyakit yang sering ditemui di daerah Afrika Tengah dan Barat. Paling mengejutkan apabila kes pertama jangkitan berkenaan dilaporkan di negera jiran, Singapura. Malah, semalam tular sekeping gambar lelaki yang dikatakan seorang askar telah meninggal dunia akibat dari virus ini.

Gambar : Detik News Tv

Terbaru, pihak berkuasa daerah palembang, Kolonel Djohan Darmawan telah menjelaskan bahawa gambar askar yang dipercayai menghidapi cacar monyet itu adalah palsu. Hal ini oleh kerana belum ada informasi rasmi mengenainya (cacar monyet) dilaporkan di sana.

“Memang benar askar terbabit masuk ke hospital tetapi bukanlah disebabkan oleh penyakit itu. Allahyarham mengalami kulit hipersensitif, lalu terkena virus protoza dan batuk kering. Beliau disahkan meninggal pada Sabtu ( 18/5/2019) kerana perkara tadi dan bukannya cacar monyet.”

Kolonel turut menambah bahawa sehingga kini kes (cacar monyet) itu masih belum dilaporkan terjadi di Indonesia. Di samping itu, Ketua Jabatan Kesihatan Kota Batam, Didi Kusmarjadi juga mendokong penyataan berkenaan dengan mengatakan bahawa tiada warga tempatan yang menghidapi penyakit tersebut.

Walaubagaimana pun, semua langkah keselamatan dan pencegahan telah dilakukan untuk menghindar dari perkara yang tidak diingini.

Sumber : Detik News TV & Antara News 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.