Siakap Keli

Terkini: Panjat Eiffel Tower Tanpa Kebenaran, Pihak Berkuasa ‘Pujuk’ Lelaki Ini Turun Segera

Salah satu lokasi yang menjadi tarikan pelancong di Paris terpaksa di tutup sebenar tadi (waktu tempatan) selepas seorang lelaki tidak dikenali memanjat menara berkenaan.

Pihak Pejabat Media Monumen Paris mengatakan bahawa anggota penyelamat telah berada di tempat kejadian untuk berbicara dengan penceroboh terbabit.

Gambar : Fox News

Walaubagaimana pun, motif individu tersebut masih belum diketahui. Setakat ini tiada maklumat lanjut yang diberikan oleh pegawai yang bertugas, malah tiada yang tahu bila Menara Eiffel akan dibuka semula kepada pengunjung.

Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ini pada tahun 2015 seorang pemuda dari British yang bernama James Kingston telah memanjat menara terbabit tanpa keizinan bahkan tanpa sokongan alat keselamatan.

Menara tersebut merupakan binaan tertinggi di Paris serta mempunyai ketinggian 324 meter (1063 kaki) bersamaan dengan bangunan 81 tingkat.

Gambar : Fox News

Timbalan Editor Berita Bebas Ireland, Claire Murphy yang ketika itu berada di puncak menara sempat menulis ciapan di laman twitternya mengenai insiden itu.

“Kami diberitahu bahawa beliau (pemanjat) telah dibayar dan mula memanjat dari tingkat dua.”

Claire turut mengatakan bahawa pihak polis sedang bernegosiasi dengan lelaki berkenaan. Pihak berkuasa juga mengarahkan orang ramai mengosongkan kawasan tersebut bagi tujuan keselamatan.

Sumber : Fox News , Daily Mail UK & Spectrum News

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di