Siakap Keli
Gambar : Instagram chi_aysia_jones

”Yang Putih Malaysia, Yang Gelap Malachi,” Kembar Tak Seiras Dari UK, Berbeza Warna Kulit Diberi Nama ‘Rare’

Seorang wanita dari Oklahoma ,Amerika Syarikat, terkejut apabila melahirkan sepasang bayi kembar tak seiras dengan warna kulit yang berbeza. Malah, warna anak mata keduanya juga tidak sama sekaligus mendapat perhatian ramai.

Gambar : Instagram chi_aysia_jones

Ibu berkenaan, Sarah Jones, melahirkan seorang bayi perempuan berkulit putih, bermata biru dan berambut perang manakala bayi lelaki pula berkulit gelap, bermata coklat dan berambut hitam.

Kedua-duanya yang dilahirkan tidak cukup bulan di usia 28 minggu diberikan nama Malaysia bagi perempuan dan lelaki diberi nama Malachi.

Gambar : Instagram chi_aysia_jones

Menurut Sarah, dia sering mendapat pertanyaan daripada orang ramai mengenai asal usul Malaysia dan Malachi kerana keduanya tidak kelihatan seperti kembar kerana perbezaan yang unik dan ketara.

“Bila kami berada di luar, saya sering mendapat soalan sama ada Malaysia dan Malachi anak angkat atau mempunyai ayah kandung berlainan, malah mereka kagum dengan kembar yang tak disangka ini,” kata Sarah.

Gambar : Instagram chi_aysia_jones

Menurut Sarah, lagi, selain perbezaa daripada segi fizikal, Malaysia dan Malachi juga ujar mempunyai perbezaan daripada segi personaliti.

Sumber: That’s Life!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.