Siakap Keli
Gambar: Stein Promotions

Amerika Syarikat Tangguh 90 Hari Sekatan Terhadap Peranti Huawei

Baru-baru ini dunia kecoh dengan penarikan lesen Android oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat pengeluaran peranti Huawei. Penarikan ini memberik impak yang besar terhadap pengguna-pengguna peranti daripada jenama Huawei. Perkara ini kerana pengguna tidak dapat mengakses aplikasi-aplikasi yang dijana oleh Google seperti Google Play, Youtube, Gmail dan banyak lagi.

Namun, mengikut laporan yang terbaru, kerajaan Amerika Syarikat telah melonggarkan sekatan yang dikenakan ke atas Huawei China. Berikutan itu, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah menangguhkan sekatan tersebut selama 90 hari.

Dalam tempoh 90 hari yang diberikan, Huawei masih dapat meneruskan urusan jual beli barangan buatan Amerika. Langkah ini bertujuan untuk mengekalkan rangkaian sedia dan dan membolehkan peranti sedia ada untuk mengemas kini perisian telefon yang sedia ada.

Walaupun sekatan tersebut telah dilonggarkan, namun syarikat pengeluaran Huawei itu masih dilarang untuk membeli komponen daripada Amerika dengan tujuan pengeluaran baru tanpa kelulusan lesen. Perkara ini membawa makna bahawa peranti yang sedia ada akan dapat mengakses seperti biasa tanpa sebarang sekatan.

Namun begitu, pengasas Huawei, Ren Zhengfei mengatakan bahawa tindakan ini memberi sedikit kesan bagi syarikat kerana ia telah membuat persediaan untuk situasi sedemikian.

‘”Tindakan AS pada masa ini meremehkan keupayaan kami,’ kata Ren dalam wawancara dengan CCTV.

Penangguhan sehingga 19 Ogos ini memberi peluang kepada syarikat Huawei untuk mengekalkan rangkaian sedia ada dan juga bermanfaat kepada pengguna yang mempunyai peranti Huawei yang sedia ada.

Sumber: GSMARENA, REUTERS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa