Siakap Keli
<> on March 1, 2018 in Washington, DC.

Eropah Tidak Perlu Membuta Tuli Ikut Jejak Trump ‘Ban’ Peranti Telefon Dari China – Media Jerman

Media Jerman mengeluarkan satu kenyataan bahawa Eropah tidak sepatutnya mengikut langkah Trump  dalam larangan terhadap Huawei, ZTE dan pembekal peranti telefon daripada China yang lain.

Menurut laporan Jerman, selepas beberapa kajian bersama institusi yang lain mendapati pihak Huawei tidak mempunyai ‘pintu belakang’ dalam pembikinan peralatannya.

Namun, peralatan yang disediakan oleh sebuah syarikat di Amerika dijumpai mempunyai beberapa kelemahan. Sekurang-kurangnya 10 kes yang berlaku sejak tahun 2013 dan layak digelar mempunyai ‘pintu belakang’ kepada pihak Amerika.

Pengarah Pentadbiran Rangkaian Jerman, Jochen Homann menegaskan bahawa peraturan yang sama harus diperlakukan sama rata untuk semua syarikat dan isu keselamatan dalam pembinaan rangkaian 5G mesti dibincangkan secara damai dan tidak mempunyai konflik dalam perdagangan antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa pembinaan 5G agar tidak menolak Huawei. Sebagai tindak balas kepada ‘sekatan’ Amerika Syarikat, Huawei telah menghantar surat kepada pelanggan global menunjukkan bahawa ia telah menubuhkan satu set sistem pengurusan untuk memastikan produk Huawei terus memberi khidmat kepada pelanggan walaupun dalam keadaan yang sukar.

Sumber: Gizchina

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang