Siakap Keli

Lesen Android Ditarik, Orang Ramai Mula Panik Jual Telefon Bimbit Huawei Secara ‘Online’

Selepas menerima tamparan hebat daripada Google, Huawei kini berdepan dengan reaksi pengguna yang dilihat mula panik dengan ‘kejutan’ tersebut.

Tinjaun mendapati, telefon bimbit terpakai jenama Huawei mula membanjiri laman atas talian seperti mudah.com. Gelombang ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penjualan peranti pintar yang menggunakan android, perniagaan komputer riba dan peralatan telekomunikasi daripada Huawei.

Sementara itu, memetik portal mothership, warga Singapura dilihat turut mengambil kesempatan menjual semula telefon bimbit Huawei mereka di laman atas talian seperti Carousell.

Dalam tempoh kurang beberapa minit sahaja, pengguna saling memuat naik iklan telefon bimbit mereka untuk dijual dengan harga yang rendah.

Gambar : mothership.sg
Gambar : mothership.sg

Ianya ternyata berbeza dengan hasil carian melalui Carousell sebelum ini di mana senarai yang berkaitan dengan Huawei dilihat lebih banyak memaparkan aksesori telefon untuk dijual.

Gambar : mothership.sg

Walau bagaimanapun, sehingga kini fungsi telefon Huawei tidak secara serta merta terjejas kerana semuanya masih berfungsi dengan baik. Pengguna masih boleh mengemaskini semua aplikasi seperti biasa.

Namun, kemungkinan yang akan memberi kesan kepada pengguna Huawei adalah apabila Google melancarkan versi android terbaru mereka tahun ini.

Bayangkan kehidupan anda tanpa Youtube dan Google Maps, itulah apa yang akan jadi sekiranya Google tidak terdapat di dalam peranti Huawei. Adakah semua pengguna Huawei sudah bersedia?

Sumber : mothership.sg

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.