Siakap Keli

“Mangga Solex Dia Bagi, Lepas Flyover Meletup Cermin,” Netizen Bengang ‘Trend’ Individu Baling Objek Keras Dari Atas Jejantas

Jalan raya digunakan oleh pelbagai golongan sama ada menggunakan motorsikal, kereta, lori dan bas. Setiap pengguna jalan raya perlulah mempunyai sikap prihatin terhadap pengguna jalan raya yang lain. Tapi, lain pula yang berlaku di jejantas PLUS Simpang Pulai arah selatan apabila kenderaan dibaling objek keras sehingga pecah cermin.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi pada 20 Mei 2019 itu dianggap sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab pihak yang terlibat. Ini kerana kenderaan yang diserang seperti itu mendatangkan kerugian kepada pemandu tersebut. Selain itu, pemandu dan penumpang juga berisiko tercedera ekoran objek keras dan serpihan cermin yang pecah.

Setelah kejadian itu dimuat naik di dalam media sosial, pelbagai pandangan dan nasihat yang diberikan netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan perlakuan tersebut merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan orang lain.

“mau ada anak kecik dok depan”

Disebutkan oleh netizen, kejadian ini bukan sahaja boleh mencederakan pemandu sahaja, namun berisiko boleh melibatkan kanak-kanak jika mereka juga berada dalam kenderaan lain.

Selain itu, ada juga netizen yang menceritakan pengalaman yang mana mereka juga pernah terlibat dalam kejadian sebegitu.

Menurut netizen, perkara sebegini telah berlaku sejak tahun 90-an lagi dan perkara ini masih berterusan hingga sekarang. Sehingga ada yang menganggap perbuatan ini dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan seperti syarikat cermin dan tunda kenderaan.

Namun begitu, andaian-andaian yang dilemparkan oleh netizen ini tidak semestinya betul. Mungkin mereka bercakap melalui pengalaman yang pernah dialami. Walaupun begitu, terdapat juga netizen yang memberikan cadangan kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan perkara ini. Antaranya ialah dengan membuat rondaan dan juga pemasangan CCTV bagi memantau pelaku yang bertindak demikian.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati untuk mengelakkan daripada kejadian sebegini berlaku.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa