Siakap Keli
Gambar Facebook: Syahrul Annuar

Maut Dalam Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Kelas, Pemergian Gadis Ini Dicemburui Menghadap Illahi Di Bulan Ramadan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hampir setiap hari pada bulan yang penuh barakah ini, kita tidak lekang dengan berita-berita yang menyedihkan mengenai kematian, sama ada dalam kalangan ahli keluarga, orang terdekat dan masyarakat sekeliling.

Terkini, seorang pelajar daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Insyirah Az-Zahra meninggal dunia selepas keretanya terlibat dalam kemalangan bertembung dengan sebuah lori di Bukit Kachi, Changlun petang semalam.

Menurut abang mangsa menerusi Facebook ibunya, mangsa dalam perjalanan daripada kolej penginapan kampus menuju ke kelas pada hari berkenaan. Keretayang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Paling menyentuh hati semua pembaca, mangsa adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Mereka redha dengan ketentuan Maha Esa.

Jenazah dibawa pulang ke masjid Al-Muttaqin Taman Ria selepas solat terawih untuk solat jenazah. Kematian mangsa sangat dicemburi ramai dan ramai jemaah masjid menunggu untuk menyempurnakan solat jenazah hingga selesai. MasyaAllah!

Semoga Allahyarhamah dikurniakan rahmah Allah dan ganjaran Jannah.

Sumber: Ummi Azzahra, Syahrul Annuar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang