Siakap Keli

Tidak Terkenal, Tapi Besar Jasanya, Kenali Penulis Mushaf Al-Quran Yang Kita Guna Sehingga Hari Ini

Pernahkah anda mendengar nama Syeikh Uthman Taha? Bagi pencinta tulisan kaligrafik Arab nama ini pastinya sudah tidak asing dalam kehidupan mereka. Syeikh Uthman Taha juga merupakan salah seorang penulis kaligrafi Arab yang terkenal di dunia kerana pernah menulis Mushaf al-Madinah, iaitu Al-Quran pertama yang telah dicetak dan dikeluarkan oleh Kompleks Raja Fahd dengan tangan beliau sendiri.

ArabNews
Arabnews

Sheikh Uthman Taha dilahirkan pada tahun 1934 di Aleppo, Syria. Beliau telah mengembangkan semangat untuk tulisan kaligrafi ketika beliau masih muda, tetapi beliau terpaksa berpindah ke Damsyik (di mana dia belajar BA di Sha’riah di Universiti Damsyik) sebelum bertemu dengan penulis kaligrafik utama di Syria, Muhammad Badawi Al-Diyrani, dan Iraq calligrapher, Hashim Al-Baghdadi.

www.guests.gov.sa

Beliau kemudiannya telah berhijrah ke Istanbul, di sana beliau bertemu dengan penulis kaligrafi paling terkenal pada masa itu, Hamid Al-Amidi, dan pada waktu itu, beliau telah menerima sijil yang mengiktiraf beliau merupakan seorang penulis kaligrafi untuk tujuan salinan Al-Quran.

Untuk menghasilkan sebuah Mus-haf atau lebih dikenali sebagai Al-Quran, beliau mengambil kira-kira lebih kurang tiga tahun bagi menyiapkannya. Beliau mula menulis Mus-haf yang pertama pada tahun 1970 dan secara keseluruhannya beliau telah menyalin lebih daripada 10 salinan sehingga kini. Antara Mus-haf yang paling indah pernah beliau hasilkan telah diserahkan kepada Kompleks Raja Fahd pada tahun 1988 bagi tujuan percetakan Al-Quran di Madinah.

ArabNews

Salinan tersebut adalah yang telah dicetak oleh Kompleks Raja Fahd dan diedarkan kepada jutaan jemaah Haji setiap tahun. Ianya merupakan salinan Al-Quran yang paling biasa dan sering kita jumpa di seluruh dunia. Syeikh Uthman Taha telah menyalin 6 variasi teks berbeza termasuk Warsh (digunakan di Maghribi dan Algeria), Hafs (seluruh dunia), Duri (Afrika dan Sudan), dan Qalun (Libya).

Sungguh besar jasa Syeikh Uthman Taha. Walaupun namanya jarang kita dengar, namun jasanya amat besar kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Semoga Allah membalas segala jasanya.

Sumber: The Muslim 500

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"