Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Steve Jobs Pernah ‘Prank’ Pekerja Starbucks Pesan 4,000 Cawan Latte Ketika Pelancaran iPhone Edisi Pertama

Siapa yang tidak kenal dengan Steve Jobs, seorang ahli perniagaan yang bertaraf dunia dan mempunyai wawasan yang tinggi. Beliau meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 akibat menghidap kanser.

Ingat semula sewaktu awal-awal pengenalan Iphone buat pertama kalinya pada tahun 2007, beliau ada melakukan sesuatu yang melucukan di hadapan ribuan peminat jenama Apple, Jobs membuat satu panggilan kepada outlet Starbucks dan menempah sebanyak 4,000 cawan latte. Selepas beliau memesan 4,000 latte kemudian berkata ianya hanya salah nombor.

Namun, itu hanyalah satu prank untuk memperkenalkan keupayaan Apple Maps membolehkan pengguna mencari dan membuat panggilan terus daripada aplikasi tersebut.Rata-rata, ramai yang teruja dengan keupayaan teknologi Apple terdahulu walaupun sudah 12 tahun perkara ini berlaku.

Warganet kagum melihat seorang ahli perniagaan popular di dunia melalukan jenaka terhadap salah seorang pekerja di Starbuks.

 

Sumber: Independent

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang