Siakap Keli

Terharu, Bilal Baru Masjid Nabawi Menangis, Sujud Syukur Lepas Laung Azan Pertama

Menjadi bilal ataupun muazin merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Perkara ini kerana laungan azan yang dilaungkan adalah untuk mengajak umat Islam menunaikan ibadat wajib iaitu solat lima waktu sehari semalam. Sesiapa yang dilantik menjadi muazin sangat beruntung kerana ganjaran pahala yang diberikan sangat besar.

Lebih menguntungkan, seorang lelaki Arab, Mohammed Marwan dilantik menjadi bilal baru di Masjid al Nabawi.

Laungan azannya buat pertama kali di masjid itu mendatangkan rasa sebak dihatinya sehingga beliau menangis sejurus selesai melaungkan azan.

Beliau kelihatan menangis ketika menadah tangan memanjatkan doa dan melakukan sujud syukur selepas menunaikan tanggungjawab pertamanya di Masjid al Nabawi.

Pengalaman ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang memuat naik video Marwan melaungkan azan dan mendapat sambutan daripada pengguna Twitter yang lain. Perkara ini jelas apabila video yang dimuat naik memperolehi 95.8k tontonan.

Kebanyakan pengguna turut hiba serta mengucapkan syukur setelah melihat laungan azan yang penuh dengan penghayatan itu.

“Sangat tersentuh”

“SubhanAllah. Saya mengalirkan air mata. Semoga Allah merahmati saudara kita”

“kenapa sebak ni”

“Saya sangat gembira untuknya”

Sumber: MilkSheikh

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa