Siakap Keli

Buat Majlis Kahwin Pada Final Liga Juara, Tetamu Bengang Pengantin Larang Siaran Langsung

Undangan majlis perkahwinan kerap berlaku pada musim cuti supaya memudahkan tetamu untuk menghadirkan diri. Sesuatu majli dianggap meriah sekiranya bilangan tetamu yang hadir ramai. Kebanyakan tetamu akan menghadirkan diri sekiranya diundang oleh pihak tuan rumah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ujian.

Namun begitu, sanggupkah seseorang tetamu itu hadir pada majlis yang diadakan pada tarikh yang sama dengan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 1 Jun akan datang?

Pertembungan tersebut telah menimbulkan konflik beberapa orang tetamu yang ingin menghadiri majlis tersebut dan dalam masa yang sama ingin menonton perlawanan berprestij itu.

“Menghadiri majlis perkahwinan pada hari liga juara-juara, sekarang Liverpool telah sampai ke final, (suami saya) difahami mahu menontonnya. Majoriti orang yang hadir adalah dari Liverpool dan kawasan sekitarnya, termasuk suami saya”.

Rata-rata tetamu yang hadir merupakan peminat Liverpool yang akan bertanding menentang Tottenham di Madrid. Sudah pastinya, mereka juga tidak mahu melepaskan peluang menonton perlawanan tersebut. Disebabkan mereka terpaksa menghadiri majlis tersebut, terdapat cadangan supaya pihak pengantin menyediakan siaran langsung perlawanan tersebut.

Berikutan itu, pihak pengantin sendiri mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan siaran langsung perkahwinan itu supaya tetamu menumpukan sepenuh perhatian kepada majlis itu. Tindakan itu diambil supaya tetamu yang hadir dapat menghormati hari dan detik bahagia mereka.

Sumber: Fox News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa