Siakap Keli

“Lepas Lahirkan Anak Dah Macam Mak Koala Pun Ada”, Berat Pernah Sampai 80kg, Lufya Kongsi Pengalaman Ketika Mengandung

Pernah berat mencecah 80 kilogram sepanjang tempoh kehamilan, pelakon berdarah campuran melayu arab, Lufya Omar mendedahkan perkara sebenar kenapa berat badannya semakin bertambah sejak kelahiran anak pertamanya Laana Haura.

Menurut Lufya dalam status Instagramnya, beratnya semakin bertambah disebabkan pernah mengikut nasihat orang rmaai yang memintanya makan untuk dua orang ketika hamil.

“Berat saya sebelum ini 80 kilogram. Selepas melahirkan anak dah macam mak koala pun ada. Nasihat saya untuk ibu mengandung, masa hamil jangan dengar nasihat orang suruh kita makan untuk dua orang. Sebab ramai sangat yang cakap ‘takpa Lufya makan saja, kan makan untuk dua orang tu’. Lama kelamaan anda pasti akan makan sampai lupa diri. Pastu susah dah nak kawal pengambilan gula dan karbo”.

Pada masa yang sama, Lufya juga berkongsi maklumat bahawa diet untuk wanita hamil perlu dijaga kerana bimbang akan mengidap penyakit kencing manis yang boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Menurut Lufya lagi, anda perlu mengawal kadar pemakanan anda jika tidak akan menjadi seperti ‘mak koala’. Berat badan selepas bersalin susah untuk turun. Belajar daripada pengalaman.

https://www.instagram.com/p/Bxtp8upHxow/

Sumber: Lufyalaana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang