Siakap Keli

“Mana Dagingnya?” Lucu, Reaksi Kanak-Kanak Amerika Bila Cuba Makan Burger Ramly ‘Special’ Salut Telur

Burger merupakan makanan yang sering menjadi pilihan penduduk di Malaysia.

Burger Ramly antaranya yang dihasilkan di Malaysia dihidang dengan kepadatan daging ataupun ayam bersama sayur-sayuran, campuran sos, dan juga balutan telur. Penyediaan seperti ini sudah pastinya menepati citarasa rakyat Malaysia. Tidak hairanlah jika seseorang pengusaha gerai burger mendapat pulangan keuntungan mencecah ribuan ringgit sebulan.

Gambar: HiHo Kids

Menerusi saluran Youtube HiHo Kids, beberapa orang kanak-kanak telah diberi peluang untuk merasai sendiri rasa burger Ramly Malaysia. Reaksi yang diberikan mereka sungguh mencuit hati untuk diperhatikan.

“Mereka balut daging dengan telur, dengan cara itu ia memerap segala jus”

Mendengar kenyataan tersebut, kanak-kanak itu seperti pelik dengan cara hidangan. Namun, setelah merasai sendiri burger tersebut, mereka teruja dengan rasa yang sangat enak.

“Ia sebenar kelihatan menarik”

Sudah jelas, burger Ramly Malaysia yang dihidangkan kepada mereka mendapat pujian daripada kanak-kanak di negara luar.

Selain daripada burger Ramly Malaysia, mereka juga diberi peluang menikmati pelbagai jenis burger yang lain seperti Vada Pav dari India, burger Aussie dan beberapa burger dari negara lain.

Sumber: HiHo Kids

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa