Siakap Keli

Paduka Ayahanda DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Mangkat

Satu lagi berita sedih pada pagi ini apabila Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang Kelima dilaporkan telah mangkat pagi tadi di Institut Jantung Negara(IJN).

Baginda dilaporkan telah mangkat sekitar jam 8.50 pagi tadi. Pengesahan bagi berita ini telah dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui akaun Facebooknya sebentar tadi.

Almarhum adalah merupakan Paduka Ayahanda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Pahang yang juga DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Berita ini ternyata menyedihkan untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat jelata negeri Pahang. Almarhum adalah merupakan seorang Raja yang dekat dengan rakyat.

Baginda juga pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-tujuh di mana tempoh pemerintahan Baginda bermula dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Baginda dan kami mewakili seluruh rakyat Malaysia Merafak Sembah Takziah kepada keluarga DYMM Yang di-Pertuan Agong atas berita ini. Al-Fatihah.

Sumber: FB Wan Rosdy bin Wan Ismail(MB Pahang)

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi