Siakap Keli
Gambar : ANTARA FOTO/Sigid Kurniawan

Rusuhan Tercetus Di Indonesia, Rakyat Malaysia Di Jakarta Dinasihat Elak Kawasan Ini

Kemenangan Joko Widodo atau Jokowi dalam pilihan raya Presiden Indonesia (PilPres) ternyata menimbulkan protes dalam kalangan rakyat hingga tercetusnya rusuhan pagi tadi di Jakarta.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan di Twitter menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak kawasan-kawasan terjejas dan mengikuti perkembangan terkini melalui laporan media tempatan.

Difahamkan, antara kawasan yang terjejas adalah seperti Bangunan Komisi Pemilihan Umum (KPU) di Jalan Imam Bonjol, Bangunan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) di Jalan M.H. Thamrin serta sekitar kawasan Tanah Abang, Thamrin, Sabang dan Menteng.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke luar negara dinasihatkan untuk mendapatkan insurans perjalanan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Sekiranya ingin berkunjung ke Indonesia, semua rakyat dinasihatkan agar mendaftar dengan kedutaan menerusi borang pendaftaran di goo.gl/ixYVfy.

Bagi bantuan konsular, Kedutaan Indonesia boleh dihubungi menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036.

Setakat 9 pagi tadi, rusuhan yang berlaku di ibu negara Indonesia, Jakarta telah mengakibatkan enam maut dan 200 mengalami kecederaan.

Sumber: MY Embassy Jakarta

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.