Siakap Keli
Gambar Hiasan

Selalu Sakit Kepala, Anda Mungkin Mengalami Tanda Awal Strok – Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti semua di kalangan anda pernah merasa sakit kepala bukan? Ia juga dikenali sebagai migrain, yang selalu berlaku hanya di sebelah bahagian kepala sahaja. Tentunya ia bukanlah perkara yang menyenangkan. Malah sakit kepala akan menganggu tumpuan mahupun tugasan harian kita.

Bagi yang sudah biasa dengan perkara ini (sakit kepala), kebanyakkan mereka akan memakan ubat atau melelapkan mata sebentar dan kembali menyambung pekerjaan setelah sakit tadi hilang. Namun ramai juga yang memandang ringan tentang isu ini dan menganggap sakit kepala adalah perkara biasa.

Malah ada individu yang rela menahan kesakitan tersebut dan enggan berjumpa doktor kerana beranggapan bahawa sakit itu akan ‘hilang sendiri’. Seorang doktor perubatan, Dr Zubaidi Haji Ahmad telah berkongsi di laman Facebooknya mengenai satu insiden yang ternyata memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya sakit kepala.

Menurut doktor:

Seorang rakan saya bernama Ibrahim, sering mengalami sakit kepala.

Dia mula mengalami sakit kepala yang ringan beberapa hari. Dia memang pesakit migraine. Satu pagi dia terjaga dengan pening, sakit kepala dan sakit di bahagian mata.

Dia menyangka bahawa dia sedang mengalami migraine. Dia cuba tidur kembali tetapi gagal. Akhirnya terpaksa ke dapur dan menelan dua biji panadol dan kembali ke bilik tidur.

Selepas sejam dia terbangun kerana sakit kepalanya datang semula.

Sangat kuat sehingga dia merasa ada orang sedang mengetuk kepalanya dengan tukul. Dia cuba bangkit dari katil untuk mengambil 2 biji panadol lagi.

Gambar Hiasan

namun dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya. Tangan kanannya terasa kebas sehingga ke bahu dan tidak boleh dialihkan. Dia cuba memanggil isterinya yang berada di sebelah, namun dia agak pelat.

Rupanya separuh wajahnya di sebelah kanan telah menjadi senget.

Dia juga tidak dapat menggerakkan otot-otot lidah dan bibir. Dia bernasib baik kerana isterinya boleh menghantarnya ke hospital dan didiagnosa sebagai stroke.

Cerita Ibrahim ini menunjukkan bahawa kadang-kala sakit kepala lebih daripada hanya sakit kepala. Ramai yang menganggap sakit kepala mereka disebabkan migraine yang selalunya menyerang.

Tetapi sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke. Jadi berhati-hatilah dengan sakit kepala yang berlanjutan.

Sumber : Dr Zubaidi Haji Ahmad 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.