Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tular Letak Tilam Dalam Kereta, Doktor Ini Dedahkan Bahaya Yang Menanti Keluarga Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita sedia maklum, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Data terbaru menunjukkan bahawa Malaysia telah mencatat jumlah kemalangan di jalan raya sebanyak 548,598 kes. Bahkan, ketika musim perayaan, jumlah ini dikatakan akan terus meningkat.

Malah, banyak dari kejadian ini dipercayai perlaku atas sebab oleh kecuaian, sikap sambil lewa dan pentingkan diri pengguna jalan raya. Banyak kempen-kempen yang telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang isu keselamatan namun masih ramai yang memandang enteng berkenaan perkara ini.

Gambar Hiasan

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abdul Haris Lakar, antara punca utama kemalangan adalah berkaitan dengan tali pinggang keledar. Beliau turut mengulas tentang sikap sesetengah ibu bapa yang tidak memakaikan anak mereka tali pinggang keselamatan tersebut.

Seorang doktor, Nadia Abdul Kadir telah memuat naik hantaran di laman facebooknya berkaitan isu ini. Beliau memceritakan pengalaman beliau semasa berdepan dengan situasi kemalangan. Cakna dengan situasi sekarang, beliau turut mendedahkan tentang impak negatif yang bakal terjadi sekiranya ibu bapa tidak mengutamakan keselamatan.

Jangan duk buat wahai netizen semua. Biarpun kita rasa selesa. Tapi bahaya tau!

KakYa sampai hari ni, masuk je bulan puasa mesti teringat-ingat kes-kes eksiden yang berlaku ketika nak balik raya. Hospital daerah tempat KakYa kerja dulu, lokasinya dekat dengan LPT2.

So, bila hujung-hujung Ramadhan, memang meriah lah dengan eksiden. Motor tergelincir. Kereta langgar divider. Kereta langgar lori. Lori langgar kereta. Allahuakhbar

Ada 1 kes ni yang paling KakYa ingat sampai hari ni. KakYa oncall masa tu.

Kami tengah duk bersiap nak bukak puasa. Dapat ambulance call, ada eksiden dekat LPT2. MA KakYa masa tu bukak puasa minum air sat, terus pergi.

Tak lama lepas ambulance keluar, sampai 1 kereta orang awam stop depan ED, dukung seorang baby. KakYa anggar masa tu baby dalam umur 8-9 bulan gitu.

Kami terus resus. Baby memang tak ada response langsung. Anak mata pun tak reaktif. Tapi badan masih panas. KakYa and team KakYa masa tu,

“Cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan baby tu.
Cpr punya cpr, tapi tak mampu jugak mengembalikan denyutan jantung baby. Allahuakhbar”

Paling sedih, masa KakYa cpr tu, susu meleleh keluar dari mulut baby. Allah. Terbayang kot wajah baby tu.Sampai saat ni masih terbayang. Montel tapi pucat sangat. Allah. Masa taip ni pun bergenang air mata.

Allah sayangkan baby. Kami tak mampu nak selamatkan baby. Maapkan kami baby. Tengah kami bertungkus lumus selamatkan baby, ambulance sampai. Bawak ibu kepada baby yang patah tulang peha. Alhamdulillah, ibu stabil. Paling luluh hati KakYa, bila ibu start tanya. Mana baby. Mana baby. Mana baby.

“Abang..Mana anak kita bang..”

Gambar Hiasan

Tanya si ibu dekat suami beliau (suami alhamdulillah tak cedera). KakYa disebalik langsir rasa macam nak pecah dada.
Duk pikir macamana nak susun ayat bagitau si ibu yang baby dah tak ada.  Hmm. At the end, KakYa bagitau jugak. And masa tu memang banjir lah.

Si ibu mintak kebenaran nak peluk baby. Kami tolak katil baby rapat dengan katil si ibu. Ibu baby ni tak kisah dah peha dia yang patah tu.. Bangun amik baby dia korang. Sedih kot masa ni. Macam drama. Dicium pipi baby muka baby tangan baby. Sambil duk kata.

“Adik baru je duk minum susu mama tadi.. Adik bangun la.. Adik bangun laa..”

“Abang.. anak kita bang.. Anak kita… Baru je tadi duk nyusu bang.. Allah…”

Scene masa tu memang macam drama. KakYa memang tak mampu nak tengok dah.Lari sat ke pantry buat-buat minum air. Padahal KakYa banjir kat sinki Esoknya postkol KakYa sampai rumah, KakYa peluk Hanina & Nabila. Sedih

So korang. Safety first ok?

Kes di atas, diorang tak letak tilam pun dalam kereta. Ibu pangku baby sambil menyusu. Ayah mengantuk, terbabas langgar besi penghadang jalan. Baby yang dipangku erat oleh si ibu terpelanting ke luar melaui cermin depan. Cuba bayangkan..

Anak-anak yang enak tidur di atas tilam yang kita letak kat belakang kereta tu. Konon untuk keselesaan. Tanpa seat belt.
Tanpa apa-apa halangan. Diorang boleh terpelanting ke arah mana pun semasa kemalangan. Allahu. Mintak jauh. Nauzubillah

Gambar Hiasan

So KakYa mintak. Jangan kita sembrono ikut je cadangan tanpa pikir keselamatan kita dan family. KakYa doakan semoga Allah pelihara perjalanan kita & kita semua sampai di kampung halaman dengan selamat. Aaminn.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.