Siakap Keli
Gambar: Skysport & Odhishatv

UEFA Perkenal Peraturan Baru, Bakal Beri Kesan Percaturan Jurgen Klopp, Mauricio

Perlawanan akhir Liga-Liga Juara Eropah yang melibatkan pasukan Liverpool dan Tottenham akan berlansung pada 1 Jun 2019 di Madrid. Kedua-dua pasukan itu telah mengharungi detik-detik hebat ketika mengharungi perlawanan sebelum ini.

Menjelang perlawanan tersebut, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memperkenalkan peraturan baru yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada percaturan Jurgen Klopp dan Mauricio.

Peraturan terbaru ini membolehkan pengurus kedua-dua kelab itu menamakan sebanyak 12 orang pemain di bangku simpanan. Berkaitan peraturan sebelum ini, pasukan yang bertanding cuma dibolehkan untuk menamakan tujuh orang pemain simpanan bagi sesuatu perlawanan.

Peraturan baru ini sudah pasti yang dapat memberi impak kepada kedua-dua pasukan menjelang perlawanan akhir yang bakal berlansung itu. Setiap pasukan akan menurunkan seramai 23 orang pemain bagi perlawanan akhir yang bakal berlansung itu.

Turut terkesan melalui peraturan ini, perlawanan akhir Liga Eropah yang melibatkan Arsenal dan Chelsea juga dibenarkan untuk menamakan seramai 12 pemain gantian bagi perlawanan tersebut.

Sumber: Independent

syafiq halim