Siakap Keli

Takut Kena Panas, Lelaki Ini Tampal Najis Lembu Pada Keretanya Sebagai Perlindungan

Kereta adalah merupakan medium pengangkutan paling popular hari ini. Ia bukan sahaja popular, malah ada ‘tuan’ kereta yang menyayangi kenderaan tersebut seperti seorang pemilik kuda menyayangi haiwan tunggangannya.

Jika ramai di antara kita menyayangi kereta dengan menjaga kebersihannya, lain pula ceritanya dengan Sejal Shah, seorang lelaki daripada Ahmedabad, India ini.

Nama beliau menjadi bualan selepas beliau ‘membaluti’ kereta miliknya dengan najis lembu demi melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.

Ini kerana cuaca di sana sekarang adalah sangat panas sehingga mampu mencecah 40-45 darjah Celcius. Penduduk dinasihati agar tidak berada di luar rumah antara pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.

Cahaya matahari yang terlampau panas dikatakan mampu memberi kesan buruk kepada warna atau cat kereta. Mungkin inilah yang menjadi pemangkin Sejal untuk mengambil tindakan ini.

Orang ramai yang melihat gambar ini tular di Internet ternyata kagum dengan usaha yang dilakukan beliau.

“Penggunaan najis lembu yang terbaik pernah saya lihat,” tulis seorang pengguna Facebook bernama Rupesh Gauranga ketika berkongsikan gambar kereta ini di akaun miliknya.

Penggunaan najis lembu ini mungkin agak pelik bagi kebanyakan orang, namun tidak di pedalaman India. Mereka juga didakwa menampal najis lembu pada dinding dan lantai rumah mereka bagi menjadikan rumah lebih sejuk pada musim panas dan lebih panas pada musim sejuk.

Sumber: South China Morning Post

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi