Siakap Keli
Gambar : thienhungmedic.blogspot.com

”Bayi Membesar Dalam Hati Ibu,” Kehamilan Luar Rahim Ini Jarang Berlaku Dan Ramai Tak Tahu

Mesti ramai yang pernah mendengar mengenai kehamilan luar rahim di mana janin pada kebiasaannya akan melekat dan membesar di tiub fallopio. Jika tidak dikesan lebih awal,  bayi akan membesar dan tiub berkenaan boleh pecah sekaligus mengakibatkan kematian pada si ibu.

Namun, pernahkah anda mengetahui terdapat kehamilan luar rahim yang sangat jarang berlaku iaitu pada bahagian hati. Kejadian ini terjadi pada seorang wanita dari Vietnam yang mengetahui dia hamil luar rahim ketika usia kandungan sudah pun mencecah 23 minggu.

Seakan tidak terjangkal fikiran bagaimana bayi boleh membesar pada bahagian badan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian seperti di bawah.

Bayi Di Hati Ibu

Seorang wanita yang berusia 27 tahun yang berasal dari Selatan Vietnam mengalami pendarahan selama beberapa hari. Pesakit itu disyaki hamil kerana telah 2 bulan tidak datang haid.

Pemeriksaan ultrasound menerusi vagina menunjukkan kemungkinan berlaku kandungan diluar rahim di tiub kanan rahim. Namun ianya tidak begitu jelas dan tidak dapat dipastikan.

Pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan tiub rahim tersebut. 2 bulan kemudian, pesakit tersebut datang semula ke hospital kerana masalah yang sama.

Pendarahan masih berlaku dan beliau telah dipindahkan ke hospital utama di ibu kota Ho Chi Minh, Vietnam.

Pemeriksaan ultrasound dan CT scan mengesahkan ada bayi yang telah berusia 23 minggu sedang membesar di bahagian hati ibu!

Gambar : thienhungmedic.blogspot.com
Gambar : thienhungmedic.blogspot.com

Pembedahan kecemasan telah dilakukan tetapi mangsa gagal diselamatkan kerana pendarahan teruk.

Bagaimana kehamilan di hati berlaku?

Kandungan diluar rahim – di dalam abdomen sangat jarang berlaku dengan insiden 1.4% dari kesemua kes kandungan di luar rahim. Ianya berlaku akibat struktur luar biasa tiub rahim.

Hati merupakan antara tempat pautan tiub rahim ini dan kehamilan di dalam hati hanya berlaku dalam 0.03% kesemua kes kandungan didalam abdomen.

Sumber : Public Health Malaysia via thienhungmedic.blogspot.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.