Siakap Keli

”Beta Harap, Kamu Pulang Berbakti Untuk Negara”, Wanita Sebak Kongsi Kenangan Dengan Almarhum Sultan Ahmad Shah

Perginya seorang pemimpin yang berwibawa. Itulah yang dapat digambarkan oleh kita apabila mendengar berita kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, semalam.

Antara badan atau organisasi yang paling terkesan dengan kemangkatan Almarhum sudah pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM), yang mana Almarhum pernah memegang jawatan sebagai Presiden selama 30 tahun bermula 1984 hingga 2014.

FAM telah mengeluarkan kenyataan merafak sembah takziah bagi memperingati Almarhum atas segala jasa dan bakti Baginda sepanjang menjadi Presiden persatuan selama tiga dekad.

Selain itu, seorang fisioterapi, Sara Yasmin Talib(@Sara_Yasmin)yang pernah bekerja dengan Almarhum Sultan juga telah berkongsikan pengalaman beliau bersama Baginda semasa bertugas di FAM tidak lama dulu.

Saya masih ingat ketika berjumpa Tuanku semasa hari terakhir saya bertugas di FAM. Sejurus mengetahui saya akan ke UK, Tuanku bertitah”Jika kamu mahukan sebarang bantuan, maklumkan kepada kami. Beta harap kamu akan kembali untuk berbakti kepada negara selepas tamat pengajian kamu.”

Tenanglah Tuanku disana.

Exco FAM, Christopher Raj Aralanthu juga telah memuatnaik satu kicauan bagi memperingati Baginda di akaun Twitter-nya semalam.

Selain memimpin FAM, Almarhum Sultan Ahmad Shah juga pernah memegang jawatan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC) dari tahun 1994 hingga 2002. Baginda juga merupakan watak penting dalam mendapatkan slot tambahan bagi negara Asia untuk bertanding di kejohanan Piala Dunia FIFA 2002.

Maka dengan itu, mangkatnya Almarhum Sultan Ahmad Shah bukan sahaja ditangisi oleh rakyat jelata, malah turut dirasai oleh warga bola sepak di peringkat antarabangsa.

Sumber: Twitter FAM, @Sara_Yasmin, @chrisraj23

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi