Siakap Keli

“Kalau Saya Tahu, Memang Dari Dulu Saya Berhenti Merokok”, Sesalan Pak Cik Yang Disahkan Menghidap Kanser

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dari gigi kuning hinggalah gangren, asma dan kanser paru-paru, tabiat merokok telah lama terbukti memberi kesan buruk kepada perokok dan orang sekelilingnya terutamanya kanak-kanak. Kes komplikasi pernafasan anak kecil disebabkan asap rokok bukanlah perkara yang asing lagi dalam dunia perubatan. Bahkan, ada bayi yang terpaksa dimasukkan ke ICU kerana asap rokok si ayah.

Gangren. (Gambar: Healthline)

Seorang pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Gambang, Mohd Khairil Mustafa berkongsi pengalamannya bertemu seorang pesakit warga emas yang dijangkiti kanser paru-paru tahap 4 dengan metastasis kulit.

Pakcik ni umur dalam 60-an. Dalam rawatan klinik untuk penyakit COPD. Penyakit yang ada kaitan dengan tabiat merokok. Pakcik ni dulu perokok tegar.

2 bulan lepas dia datang klinik sebab bawah dada dia ada benjolan kecik yang keras. Lepas periksa, aku rujuk ke hospital untuk biopsy. Nak ambil sample untuk tengok detail benjolan tu. Lepas 2 3 hari aku dapat call dari hospital maklum yang itu cell adalah cell KANSER.. Alamak!

Terus panggil balik pakcik tu dan rujuk pada klinik pakar. Lepas siasatan hospital, rupanya Pakcik tu ada..

LUNG CANCER WITH SKIN METASTASIS.

Stage 4

90% kes kanser paru-paru disebabkan merokok. (Gambar: Google)

Hari ni Pakcik ni datang klinik sebab benjolan tu dah ada discharge. Makin kurus dan cengkung. Macam ni rupanya benjolan tu lepas 2 bulan. Hari tu kecik je. Dalam family dia tak ada pun yang ada kanser. Pakcik ni cakap..

“Kalau saya tau jadi macam ni memang dari dulu saya BERHENTI MEROKOK”

Nasi dah jadi bubur. Perkara ni dah jadi dekat Pakcik tu. Pastikan dia tak jadi pada diri dan keluarga kita.

P/s Pakcik ni dah bagi izin aku ambik gambar chest dia. Dah bagitau nak tunjuk dekat orang suruh berhenti merokok.

Pakcik ini telah kembali ke rahmatullah pada Mac lepas. Semoga roh allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh. Aamin.

Metastasis kulit. (Gambar: Mohd Khairil Mustafa)

Sumber: Mohd Khairil Mustafa

Amira

Love yourself.